Friday, January 3, 2014

Cerita kita



Waktu terasa semakin berlalu
Tinggalkan cerita tentang kita
Akan tiada lagi kini tawamu
Tuk hapuskan semua sepi di hati


Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa


Teringat di saat kita tertawa bersama
Ceritakan semua tentang kita


Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa



Boleh pulak hari ni aku tersangat feeling bila lagu tu berkumandang. tiba tiba aku teringatkan sesuatu tentang lagu ni. Sesuatu yang selamanya akan terpahat dalam memori aku. Amboi..memori gitu :D

Walaupun kita dah jarang berbual, bukan bermakna aku lupakan. aku tak penah lupa. takkan pernah lupa segala apa yang pernah kita kongsi bersama ketika sihat dan sakit, segala suka dan duka, tawa dan tangis , susah dan senang, sedih dan gembira, shopping dan pokai :p

semuanya bermula sejak hari pertama mendaftar di kolej. bermula sebagai orang asing yang hanya memandang dari jauh. kau hampir percaya bila aku katakan nama ku timah saja. ye la..berbekalkan wajah comel kiut aku ketika itu, takkan la hanya timah namaku hahaha

"hai.. ape nama awk?" 
"saya? nama saya timah. umur 18" 

kemudian kita membawa haluan masing masing. bertemu kembali apabila ada subjek yang kita sekelas. tak perlu diceritakan bagaimana akhirnya kita semakin rapat. rumah kau, rumah ku, rumah ku rumah kau juga. ibu mu ku anggap seperti ibu sendiri. 

ke mana saja pasti kita berdua. Orang kata wajah kita seiras. tapi aku paling happy sebab org akan cakap aku adik haha..kau cantik, aku comot. mungkin sebab tu aku nampak mcm adik :p

Masa terus berlalu dan kita makin dewasa. err kau yang dewasa dulu sebab kau ade boifren haha. aku? belum ade lagi. aku ada kau je ketika tu. habis belajar, kita membawa haluan masing masing. kita semakin jauh. tapi masih kerap berjumpa. 

Hinggalah tiba saat kau akan bertukar gelaran. waktu tu aku x pasti apa yang aku rasa. gembira + sedih barangkali. sedih sebab lepas ni mesti kau xboleh manjakan atau layan kerenah aku mcm selalu. kot? :p 

Bermulalah fasa hidup yang baru bagi kau. aku? masih sama ketika kali terakhir kita berjumpa. Kita semakin jarang berjumpa atau berhubung. Aku sangatlah terasa kehilangan. Tapi aku positif. Nanti aku nak kawen macam kau jugak hehe. Camana atau apa pun yang aku rasakan, aku tetap mendoakan yang terbaik buatmu. 

Sebenarnya masih panjang cerita kita. Aku ringkaskan segalanya. Kita dengan haluan masing masing, kau punya keluarga bahagia, punya anak anak yang comel. Aku pula bertemu jodoh dengan jejaka. Ye la, takkan jejaki pulak kan. Punya keluarga yang bahagia. Akhirnya kita semua bahagia. *dasar malas nak menaip panjang panjang*

buat sahabat yang aku sayangi, terima kasih kerana menjadi sahabat ku. aku bersyukur kerana mengenali kau. kau sayang aku x? hehe

aku tak mampu nak menaip lagi. aku rindu kau!

No comments:

Post a Comment