Wednesday, November 7, 2012

boleh ubah ke

Ketika kita menyedari betapa sulitnya utk mengubah diri sendiri, kita mengerti betapa kecil peluang yang kita miliki utk mengubah orang lain
Allah takkan mengubah nasib seseorang melainkan dia sendiri mau mengubah nasibnya. tak perlu org lain bersusah payah, berusaha gigih ape bagai sebab nak ubah seseorang selagi tuan empunya badan tak mau berubah.
Jadi itulah sahaja. Sekian hahaha
 

Wednesday, October 31, 2012

Empat Belas Bulan - Pt. 2

Assalamualaikum.. hii

Entry yang lepas ibu x cerita pun pasal awak kan. Ibu tempek gambar awak je :)

Ibu rasa cepat sangat awak membesar. tau2 je awak da berjalan. Awak pandai jalan ms umur awak genap setahun 3minggu (1y3w) awak pun semakin pandai mengenakan orang bawak awak jalan2 kat luar. x kira siang malam. Sekarang ni kalau keluar je, Zury nak jalan sendiri. Penat nak kejar ok >_<




Bila orang cakap dgn awak, awak buat muke comel sambil teleng telengkan kepala beserta bunyi 'taaa..' bila orang kira satu..dua..awak jerit TIGA!! err..ok, ibu tipu je.. awak jerit 'taaa..' jugak :p satu dan dua mmg awak xnak kira, awak nak kira kat TIGA je -__-'



Zury tak boleh tgk org berdiri kat pintu, mule la Zury nk suruh org dukung sambil dia point ke pintu. Semua org faham dah, awak nak ajak keluar. Tapi bila pagi2 ibu nak dukung Zury gi umah Nenek (bs Zury) reti pulak dia babai sambil jerit 'Nanak!..' (-_-) Masa nak tukar diaper pun sama. 'Nanak..Nanak..'

Pantang dengar lagu-laguan, bunyi-bunyian, muzik mesti Zury akan berjoget. Buat masa ni Zury paling suka video clip Gangnam style & Karoot Komedia X. Program yang Zury mmg akan melopong depan TV adalah Upin Ipin, Boboboi, Karoot Komedia, Azan & slot Indahnya Iman (kat Astro Oasis) Mmg ligat la Zury berjoget haha

Bila ade bunyi-bunyian awak cuba nak ajuk. Especially bila ade yang cakap mercun, pantas awak buat mulut 'O' sambil berbunyi 'pom'

Bila terdengar perkataan nyamuk, cepat je awak tepuk tangan. Macam org pukul nyamuk tu :D
Pandai nak buat sign 'shh..'  bila orang suruh diam. tp jari telunjuk terus menunjuk dalam lubang hidung. Penah sekali tokma zury bersyarah sebab zury suke sepahkan baju yang dah dilipat, Zury berdiri sambil buat 'shhh..' kat tokma hahahah.. ape ni? ibu x ajar pun awak buat camtu


Bila orang cakap semut, awak cari kat lantai. Bila nampak burung awak cakap 'Bobod'. maknanya bibird la kot hahah.. tp ade satu malam tu, entah dari mana sesatnya 2ekor kelkatu (sejenis anai-anai bersayap) terbang masuk dalam rumah. Jatuh kat lantai. Cepat-cepat Zury jalan laju-laju (yela nk berlari belum pass) kat riba ibu sambil cakap 'Bobod' ahahhaha.. asal benda terbang semuanya bird bagi Zury.

Bile tgk kartun Boboboi, awak ajuk 'bobo boboo..' *sila muncungkan mulut anda*

Awak paling suke 'tolong' ibu & tokma kat dapur. fridge magnet tokma smuanya jadi mainan awak. Bila ibu n tokma nak masak kat dapur, Zury pun sama naik 'sibuknya' nak memasak sekali. kadang bukan ape, nk mintak dukung sebab nak tgk ikan kena goreng sambil ckp 'hot'


Tabiat Zury yang terbaru, suka pakai kasut pastu berjalan-jalan dalam rumah. Bila dah boring, Zury berenti pastu amik kasut lain suruh ibu tukarkan. Da siap tukar, Zury sambung jalan balik. Begitu la seterusnya untuk 5pasang kasut >_<  (ayah ckp perangai ni ikut ibu sbb ibu suka tukar2 kasut. ye ke? :p)

Bab makan sekarang ni alhamdulillah, ade peningkatan. Zury makan makanan home made. dan syukur jugak, Allah murahkan rezeki zury untuk minum susu ibu. Kalau minum air masak, Zury buat bunyi 'ahhh..' lepas beberapa teguk. pastu sambung minum, pastu 'aahhh..' mcm sedap sgt air masak tu kan? :D

Hehehe itulah seba sedikit info tentang makcik tenit nih. Walau apa pun rintangan, insyallah ibu dan ayah cuba yang terbaik untuk Zury. Tatataaaa.. 

Monday, October 22, 2012

Ok Fine

Ini cerita sudah berhari2 ku pendam. Grrr..

Bile nasihat cara baik tapi di balas dengan sinisnya, mmg la kamu sengaja mengguris hati ini (phuiii.. ayat xleh blah hahaha)

Seorang orang ni, suapkan anaknya yg xsampai 6bulan usianya dengan nestum. Pulak tu dgn baringkan baby tersebut. Ai tanye dengan penuh berhemah.. "ape yg akak suap? eh jap..baby akak belum 6bln lg kan?"

Maka seorang orang tu menjawab "a'a xsampai 6bln lg. aku bg nestum. tp aku cairkan. bukan ape, penat la dia asyik lapa je." Erkk!!! >.<

Ai kontrol intonasi suara dengan bertanya lebih lemah gemalai sambil tersenyum "mana akak tau dia lapa?"

"Jap jap nak menyusu, jap..jap nk menyusu..mane bole camtu.sebelum ni aku bg dia jus, dia suka" katanya dgn bangga.

Ai da mule nk hot hahaha.. "kak, ko tau kan baby xbole makan sebelum umur 6bln?? aku da penah cakap kat ko sebelum ni. bla..bla usus tersumbat..bla..bla..bahaya bla..blaa..."

Seorang orang menjawab "Susah la kau ni, anak masing-masing la kan.. " 
Mase tu telinga ai dah berdesing, dan dah tak berapa nak dengar dah ayat yang belakang2 seorang orang tu. Ai diam dan terus bersiap2 pakai tudung, mekap2 sikit. Tak guna bagi pendapat kat org yang xnak dengar.

Ai doakan seorang orang tersebut dapat kesedaran pasal bahayanya bagi baby makan sebelum waktunya (6bulan). tak lama pun nk tunggu sampai 6bln tu. Sabar la sikit. Moga baby tersebut diberi kesihatan yang baik..

Ai kesian kat baby kau tau tak??

Sekian entry meluahkan perasaan terpendam

Friday, October 19, 2012

Empat Belas Bulan

Tengok gambar je. Itupun satu. Sebab ibu malas nak transfer gambar2 si kenit ni hahaha.. maap..maap.. 



Friday, October 5, 2012

team building??

ai kena p teambuilding kt Jerantut smp 7 okt uolss. ohhh.. terpaksa tinggalkan buahati pulak tu. ohh.. x penah berenggang lelame sebelum nih. ohh...

duhai hati, bertabah la dikau. hadapi dgn senyuman. rasenye anak relax je, mak yg lebih kot :p

Monday, September 10, 2012

Diam tu lagi bagus


 

DIAM LEBIH BAIK dan LOW PROFILE
Kita asyik berbicara setiap masa.. Bicara yang baik membawa kepada keselamatan dan kebaikan pada orang lain. Jika bicara tidak mengikut adabnya, kerana mulut badan binasa! kita akan merana dunia dan akhirat. Lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Oleh itu DIAM adalah benteng bagi lidah manusia macam kita daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia..

Kata-kata hikmah berpesan :
“Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak bicara tidak semestinya cerdik, krn kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak bicara.”

Hikmah DIAM ini merupakan

  • Ibadah tanpa bersusah payah
  • Perhiasan tanpa berhias
  • Kehebatan tanpa kerajaan
  • Benteng tanpa pagar
  • Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang
  • Istirehat bagi kedua MALAIKAT pencatat amal
  • Menutup segala aib.

Rasulullah juga ada berpesan dalam hadisnya mengenai kelebihan DIAM yang bermaksud :
“Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya”.
 

(Riwayat ABU NAIM )
“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam”.
 

( Riwayat BUKHARI & MUSLIM )
“Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya” ( Riwayat AT-TARMIZI )

Akhir kata kita sebagai manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan DIAM. Jalan terbaik ialah DIAM kalau kita tidak dapat bercakap ke arah perkara-perkara yang mulia. Bicara yang baik adalah lambang hati yang mulia dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia tersebut. Sesungguhnya kita ni hanyalah manusia biasa.



Sumber 

Tuesday, August 28, 2012

Kau untuk Ku

Jom kite renung-renungkan. Entry C & P je hihihi..

- - - - -


" Aslina, sudah berapa tahun awak berkahwin, " tanya Sybil, guru Bahasa Inggeris berbangsa Cina.

"Emm..sudah masuk tahun ketujuh, kenapa ? " Saya menjawab dan berbalas tanya pula.

"Awak hati-hati. Biasanya, ramai pasangan yang berpisah pada usia keenam dan ketujuh perkahwinan mereka." Katanya sinis tanda mengusik.

"Alamak Sybil, cuba awak rasa mulut awak," saran saya tiba-tiba.

"Why?"Sybil tertanya-tanya.

"Kalau masin mulut awak tu, susahlah saya."
Sybil menyambut dengan ketawa.

Gurauan ada kalanya tersirat kebenaran. Berapa ramai pasangan suami isteri hari ini yang bercerai di usia perkahwinan yang masih muda. Mereka menyatakan semuanya Takdir Tuhan, berpisah lantaran tiada lagi persefahaman. Ikatan suci yang bermula dengan kasih dan cinta, berakhir dengan sengketa dan buruk sangka.


SUATU PERJALANAN

"Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan." Teringat pesan ayah di suatu petang.

"Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati," ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.

Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja.

Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.


SILAP ISTERI

Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud :

“Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka". Seorang wanita lalu bangun bertanya,

'Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?'

Rasulullah SAW menjawab,
'Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.'


Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.


YANG LEBIH, YANG KURANG


“Awak beruntung ye Ina, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa," luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.

"Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap, " jawab saya supaya dia buka mata.

"Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa.

Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata, tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana. Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia." pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati.

Kembali ' memandang tinggi ' kehadiran seorang suami.


ENGKAU TERBAIK UNTUKKU


"Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi."

Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.

Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi. Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari,

"Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini.."


notakaki :

Buat suamiku.. 
terima kasih krn menyintai aku,
krn menjadi pelengkap aku,
krn menjadikan aku yang perdana dlm hatimu
moga cintamu terus menjadi kekuatanku


Ketepuan

Mood keje mmg susah nak dtg bile da cuti panjang kan??? arghhhh

Saturday, August 18, 2012

Salam Lebaran 1433 H



Manusia tak pernah lari dari salah dan khilaf
Kerana manusia bukan makhluk yang sempurna
Di bulan yang suci ini mari kita bermaafan
Agar tiada dendam dan hasad dengki
Mohon maaf zahir batin
Salam PADU dari kami sekeluarga...



Monday, August 6, 2012

Allahu Akbar

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal." At-Taubah:129
 

Thursday, August 2, 2012

Schazy at Jabbe Production

hallluuuu... seperti yg ibu janjikan.. ini adalah sambungan entry tentang xtvt ujung minggu ibu, ayah dan Zury :D

seperti mane yang telah maklum (ecee..ayat kau..) minggu lepas merupakan minggu yg bz bg kami. ok, ok.. ibu crite la. ni story hari ahad 29 Julai lepas.

AHAD

Pagi-pagi lagi (eh..xla pagi sgt) ibu dan ayah.. di ulang- ibu dan ayah ke Nilai 3. kami ke sane adalah untuk mencari dan menempah langsir utk opah Zury. Tahun ni Zury beraya ke Perak. Punye la panas kt Nilai tu smpaikan ayah xboleh nk pk byk2 hahaha sian.. Nak pulak mase kitorang sampai, Nilai 3 tu bole pulak blackout. hishh..dlm byk2 hari, hari ahad jugak la dia nk blackout :p

Ade lah dlm 3,4 kedai je kitorang terjah masuk dan bertanye. Slalunye kalo xabis pusing satu Nilai 3 tu, selagi tu la kami x berenti terjah. Tp akibat hidrasi yg melampau di ikuti pula dgn cuaca yg amat panas, maka kami sepakat xnk lame2 sgt nk cari. Ibu pon xde nk lencong2 tgk baju ke kain ke ape ke, panas punye pasal haha.. Maka selamat la langsir itu ditempah. Memandangkan blackout, maka langsir x dpt siap hr tu. Lagi 3,4 hari la siap.

Bile da setel urusan melangsir, kami pon terus pulang. Sekian itulah saja cerita saya pergi Nilai 3 dgn kadar segera.

Hahaha.. xabis di situ! smpai kt rumah, melepek je dua2 orang. Ingat x ibu ade bgtau yg ayah nak sgt beli sampin baru?? ha nak tau ape ayah buat dgn sampin tu?? tgk lah! siap buka Youtube uolss. -Cara membuat tanjak- hahaha.. hai la sayang, senyap2 je projek ye. 

Setel kerja menanjak ayah tu, cepat2 kami bersiap. Kitorang nk berbuke kt studio Uncle Jabbe. Yeayyy.. da lame Zury x jenguk studio uncle. kitorang sampai da dekat2 nk berbuka. Lepas berbuka, inilah kerja kitorang. layanzzzz..






  


*korang nk pikces camni x? sila la hubungi jabbe. skrg tgh promo smp mlm raye. Cpt! slagi stok masih ade*

Tuesday, July 31, 2012

aktiviti hujung minggu

Cak! cak! heee..

Sihat ke? Diam tak diam hari ni da masuk hari ke 11 umat Islam berpuasa. Selamat berpuase semua. Eceee.. hehe. Harapnya semua wajah2 kesayangan ibu sihat & ceria la ye hehe

SABTU
Ujung minggu yg lalu merupakan ujung minggu yg penuh aktiviti. Al maklum la, mr.Hubby cuti pulak sabtu ahad tu, ape lagi. Ni la masanya nk ajak selesaikan segala urusan shopping sebelum terlewat. Konon- konon persiapan raye la tu hikhihk.. Kami berazam nk shopping awal2 untuk mengelakkan persiapan saat2 akhir. So, bermula la kerja yg paaaling ibu suke dlm idup - merayap ukur jalan. Tu istilah tokma bg kat anak2 dia yg suke merayap :p

Seawal pagi Sabtu tu ibu da bgn. Setelkan semua keje-keje rumah. Membasuh, menyidai, melipat, mengemas, menyapu, menyental, menyusun bla..bla..bla.. ok, teett.. bukan ibu buat sorang. ayah turut same membantu :D Walaupon ibu kemas rumah bagai nak rak, tp bile Zury bangun, same je mcm ibu x kemas. Zury paling suke kertas & tisu. Zury suke buat mcm roti jala. Kirai (err..kirai ke? koyak kecik2 tu same mcm kirai ke? :p) kecik-kecik pastu gelak bile tgk hasil kiraian tu terbang merata (-_-)

Pagi-pagi tu jugak tokma & bopren beliau keluar gi uruskan rutin mingguan dorang. Mmg ibu & ayah plan nk kluar petang sket. So, bile tokma n tokyah balik sempat la dorang2 rest dulu. Ok, ibu tak bawak Zury. Ibu deting dgn ayah je. haha Lupe diri jap :D

kitorang kluar rumah jam 3 lebih dgn harapan langsung x jem la jalan tu. tp harapan hanya dlm mimpi. jalan jem okeh.. err tp ibu tak pasan jem pon sbb ibu tetido dlm kete hahah. kami smp KL jam 4.30. patut la ibu rs lame je dpt tdo. Bile da smpai kt Jln TAR tu, berkobar kobar nk cari baju kurung utk si kecil. Punye la ramai umat manusia. hadoii..ingatkan bile shopping awal2 ni org xla ramai, tp same je. Redah jugak la.

-Jalan TAR. Ni ihsan en. google hihi-

Segala mala benda ade jual kat Jln TAR tu. Kebanyakkan baju kurung n Baju melayu la. tp bagi aku, harga untuk baju melayu x la semurah yg disangka. mungkin ujung2 puase nanti dia jadi murah kot :D baju2 kurung tu ok la, harga berpatutan aku rase. dah puas pusing dan 'mengoyakkan' poket kat pasar tu, kami meneruskan perjalanan ke SOGO plak.Koyakkan kt SOGO lak, baru adil hihih

Lagilah berdenyut2 manusia. Kat tangga tu je da penuh manusia dok rehat santai. Penat soping kot :p kat dlm tu takyah cite la. Yg beratur kt ATM pon smp berbelok2 line dia. ramai sgt! terus aku heret tangan bopren naik kt bahagian kanak-kanak. aras bape ek? lupe plak :p ok, kat situ aku yg jadi gile hahaha.. betul la kate org, bile dh ade anak, raye tu hanye utk anak je. excited gile beli baju2 baby. comey2 weh baju gegurl nih. mane x rambang dibuatnya. nak pulak tertera 70% less la, 50% la, mane tahan mak..hahaha  

*sori x kepcet hasil tuaian sbb langsung x igt. kemaruk sgt*

Dipendekkan cite, kami berada kt SOGO tu smpai kami sedar yg kami ni puase n perlu cari bekalan utk berbuke jap lg. Soping punye soping smp lenguh kaki mak ni haa..Tp jiwa kental jugak, sanggup tahan. Kami berbuke dgn kadar paling minima. minum dan mkn buah yg dikongsi. kongsi2 kan loving :p konon nk memaksimumkan masa soping, so, mkn2 ni ketepikan dulu. kemaruk kan ahahah..

ok, pas bebuke yg amat simple tu, kitorang sambung balik :p kali ni cari baju ayahnye pulak :D ayah dapat 2 pasang baju melayu ok. sangat berbaloi rasenya, eh, korang nk cari baju melayu murah tp cantik menawan? pegi la kat Anizz. sederet dgn gulati's, bata, restoran insaf tu. murah2 ok..siap ade free gift lg :D kedainya kt tingkat atas, kena panjat tangga sket la. kedai ni mmg jual baju melayu, kemeja linen n sampin semata2.

Tadi ibu ade cakap ayah nak sgt beli sampin kan.. mmg ade ayh beli pon. tp bukan kat anizz. kitorang beli kat Muaz Textile. murah, RM15 je. aku pon heran ape hubby aku nk buat dgn sampin ni. pdhal kt umah mmg da ade 2,3 lai sampin. bile aku tanye nk buat ape sampin tu, mule la buat sengeh ungka dia tuh hahah.. dipendekkan cite (da bape kali pendek ni?) kami smp umah malam tu pd jam 12.45 am. sgt letih tp puas ati! 

next day punye story n misteri sampin ayah tu next entry eh. eh..eh.. ;)

*br pasan, sepanjang masa soping tu kami xmakan, hanya minum. ade la dlm 8 tin/botol/cup kot*

Friday, July 20, 2012

Bulan ke 11



-bulan ke 7-


Syukur kpdMu ya Allah. tak de kata yang boleh gambarkan ape yg ibu rasa

Hari ni Schazy Hazury genap 11bulan! Cepatnya kamu besar sayang. Zury semakin lincah ke sane ke mari. Sekarang ni da pandai amuk. siap meniarap hentak2 kaki lekap muke kat bantal (kalo ade bantal la, kalo x, kat lantai pon jadi) tempat peberet Zury adelah bawah meja makan. Zury suke tgk kaki org lalu lalang kot. Dia akan jerit smbil tepuk tgn. lepas tu kompemla jatuh terduduk. berdiri pon xkuat lagi. macam jeli je gayanya hahaha. Ajuk gelagat org pon dia pandai jugak. tambah2 bila atuk n ayah dia bersin hahaha.. siap dgn kepala2 skali dihangguknya.. hai la anak.. :D

Bab makan pulak ada pasang surutnya. ada hari zury makan sampai abis semangkuk, ade hari lain pulak, masuk 4 suap je Zury da merangkak laju2 macam la ibu nk tangkap pakse awak telan mangkuk tu skali :p


Paling ibu terharu bile Zury panggil ibu. Walaupun panggilan zury pelat, ibu tau zury mmg panggil ibu kan. Sbb Zury dgn ayah je yang panggil ibu camtu. Nak tau Zury panggil ibu ape?? Ckp la nak..nak..nak.. hohoh.. Zury panggil ibu dgn panggilan "IBIIIEE..BIEE.." err..ayah Zury panggil lain sket la. yela, mane bole anak beranak nk panggil yg same. panggil la lain2 kan hehe..


Kadang2 Zury suke bgn tghmalam pastu ajak ibu main. Walaupun jam pukul 3pg, ibu layankan je nak.. Esoknye kompem ibu tersengguk sengguk. mate pon mcm panda hoho.. Ibu x kesah sbb ibu SAYANG awak! moga awak membesar bagai juara ye :D



-penawar jiwa ibu dan ayah-

Salam Ramadhan




Salam ramadhan untuk uols! Di kesempatan yang ada ni, ibu nak minta maaf sekiranya ada slh dan silap. hehe rs macam nk raya pulak :D so, malam ni jangan lupe bersahur ok! dan yang penting, jgn lupe niat puasa tau. ni ade ibu letak link. kot2 ade yg lupe kan.. maklumlah, setahun sekali je nk berniat pon hihihi

Niat Puasa Sebulan dan Esok Hari

ok bebeh.. Selamat Menyambut Ramadhan AlMubarak (^__^)y

Thursday, July 19, 2012

Kejap je lagi..

Lusa dah 1 Ramadhan. Cepatnye masa berlalu. Tahun lepas ibu puase dgn zury kat dalam perut. tp hari ke 20 Zury da tak sabar nak tgk dunia. heheh. Lahirlah zury di kala Subuh 20 Ramadhan tahun lepas. maknanya ibu beraya dalam pantang. eh..raye ke? Dok rumah golek2, layan tv siang malam je. alaa time2 raya kan byk muvi kt telebisen tuh. x rase mcm raye sgt pon:p

Walaupun ibu x dpt beraya dgn sakannya, tp menu2 hari raye tu ibu da dapat makan smua sbelum bersalin. so, xde istilah ibu kemaruk ke, teringin ke, terliur ke ape. berkat kesabaran tokma Zury yg supermak tu, smuanya ibu dpt makan. lontong, ketupat, lemang, rendang tok, rendang nek n segala mala juadah hr raya dpt ibu telan makan dgn riang skali :D terima kasih tokma zury!

hehe tahun ni kite puase bertiga :) tahun lepas tu lain, kire cam puase berdua setengah hahah..yg setengah tu Zury la. so, mommies skalian ade buat ape2 preparation untuk sambut puase n raya ke? *soal2 camni bajet ade la yg bace blog ni hahahha* konon-konon la :p

erm..ibu sedang pikir2 nk buat cookies utk si kenit ni la. hmm..ade idea x? share la.. :D

oh ye.. di kesempatan ini, ibu nak ucapkan selamat menyambut ramadhan al-mubarak kpd semua. puase tau, jgn tak puase ;)

Friday, July 13, 2012

Salam Jumaat

"Wahai saudaraku, usahlah kamu gelisah dan keluh kesah bila ada manusia membencimu kerana pasti ada manusia lain yang menyayangimu. Wahai saudaraku, gelisahlah jika kamu dibenci oleh Tuhanmu pasti tiada siapa yang akan menyayangimu dialam akhirat nanti"













 

-gambar hiasan-
Alhamdulillah..aku bersyukur dgn segala nikmat yg Engkau kurniakan Ya Allah

zury balik ke kampung - *edisi peram*

*edisi tanpa gambar bulan june punye*

kebetulan ayah zury off hujung minggu so dpt la kami bermanja dgn ayah :p zury dgn ibu dgn ayah balik kampung Perak. kami bertolak pagi2  lepas ibu & ayah sarapan ns lemak. zury pun bfast jugak, zury minum susu je. zury xsuke mkn sbb zury nk main je. x kire siang atau malam. hiii

dalam kereta zury tido je. zury penat la, lgpun mmg time zury tido. pastu bile zury celik je zury da smp kt kfc. ayah ckp kt k. selangor. yeaaa! dpt makan kt kfc! tp zury bkn ade gigi lg nk makan tu semua, dan zury tau, ibu kompem2 xkan bagi zury mkn. jd ibu awal2 lg da bekalkan zury bubur. so, zury mkn bubur, ayah & ibu mkn ayam. eleeh..takat ayam tu bkn sedap. bubur zury lg best tau ;p

kt dlm kfc zury suke tegur org. zury dpt tisu, zury koyak2 tabur kt lantai macam salji. tp kakak kt kfc tu xmarah zury pon. dorg smua suke sbb zury senyum kt dorg. ibu yg letih kutip kutip. bile zury dpt sudu, zury ketuk2 ats meja, best la bu, bunyi dia kuat hihihi (-__-)

da puas zury riuhkan kfc tu, ayah cpt2 dukung zury masuk dlm kereta. kami sambung perjalanan. lg sekali zury rase mengantuk. zury nk titon kejap la.

tibe2 zury celik, da kat kawasan kg. ibu ckp kite da nak sampai kg ayah. zury x jd sambung tido. ms zury sampai, atuk yg sambut zury. nenek xde. zury malu2 lg.

err ibiiie...rumah atuk manyak kucin la!! zury tatuuttt
---------------------------------------------------------------------------------------------------------

hehehe zury segan2 ngan org kat kg kejap je. pastu dia ok dh. ibu tak sangka lak zury takut kucing. kucing tu baru libas2 ekor, zury la melompat ats riba ibu hihihi.. *kucing tu x gigit awak la sayang

alhamdulilllah, zury x byk ragam pon sepanjang kat kampung. dia cpt mesra dgn atuk, nenek, moyang, bibik & paman. tp dgn kucing dia tak mesra hahaha. punye jauh kucing kt dapur pon, dia kat ruang tamu da gelabah sgt. apedaa zury ni :p

tp tu hari pertama je, hari nk balik dia da cekik salah sekor anak kucing bibik nomi dia huhuuh.. 

makan dan tido pon xde ragam, smua ok. pandai anak ibu ni bawak diri ye :D tp pantang bile ternampak ibu lintas waktu dia main dgn org lain. dan2 tu la panggil ibu minta duduk dgn dia. oh ye..zury panggil ibu dgn panggilan "IBIIIEE.." (^_^)

hmm..rasenye tu je la nk share. eh jap..ape persediaan mommies smua bile nk travel ye? especially food untuk baby

Thursday, June 21, 2012

Dalam Kenangan

16 June 2011

Kami dpt berita mengejutkan. Adik ipar telah menyahut seruan Ilahi. Dia terlibat dalam kemalangan. Al- fatihah


16 June 2012

Setahun telah berlalu. K.lie doakan semoga roh Inal dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org-org yang beriman. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi kamu. Kamu sentiasa di hati kak lie.

Buat adik yang kak lie sayangi, tenanglah kamu di sana. Al-Fatihah




ini aidilfitri pertama kita - 2010





Ketika kumohon kepada Allah kekuatan, Allah memberiku kesulitan agar aku menjadi kuat



Friday, June 15, 2012

Tazkirah

 
 
Jangan mengeluhkan hal-hal buruk yang datang dalam hidupmu. Tuhan tak pernah 
memberikannya, kamulah yg membiarkannya datang.
 
*kredit to : Kata-kata Hikmah

Wednesday, June 13, 2012

Ralit sangat

gigih sangat dalam kelas hari ni. tabah nak 'make up' blog biar comey mcm  org lain punya. kerah otak nak cari idea yang spontan. 

tiba-tiba terdengar alunan halus dari perut kempis aku ni. oo lapar rupanya (-_-)

let the picture paint itself





buahati

hari rabu

hari ni hari kedua mem'blog'kan diri. mmg best :D

jeng jeng jeeennngg

sejuta ratus kali aku mencubanya... kini gemilang cemerlang dan terbilang.. 


yes!! akhirnya berhasil juge usaha nk mewujudkan sebuah blog :D


err.. hai apa khabar hihih