Monday, January 13, 2014

Let's do it!

Assalamualaikum

Entry kali ni nak cerita tentang kawen kawen. haa suke tak? suke tak? hihihi
Kazen iols bakal menamatkan zaman bujang beliau awal Februari nanti. Umur kazen ni 25. Walaupun jarak usia antara kami banyak, tp kami rapat mcm kawan2. Sama jugak dgn adik2 yang lain. Dalam keluarga besar kami, kazens perempuan hanya ada 6org. Yang paling muda berusia setahun :p
Aku yang paling sulung. Dan aku je yg dah kawen. So kazen ni bakal menyusul kelak. *Angah! Ct langkah bendul nampaknya*
Kami membesar sesama. Tiap hujung minggu family si ct ni akan balik kampung. Makanya dia adik beradik otometik bertukar jd org kampung. Kami penah terjun parit sama2. Kena rotan sama sebab terjun parit lepas dah mandi wangi2. Kena kejar lembu pun pernah haha. Semuanya bersama.
Pernah sekali kami naik beskal sama sama. Aku kayuh, dia bonceng. Masa tu aku rs umur aku belum mencapai baligh kot hihi.. entah kenapa dan apa yg kami fikirkan masa atas basikal tu pun aku x pasti. Masa mengayuh basikal, Ct tutup mata aku! Bijak kan.. dengan jayanya kami bertembung dgn anak lembu (-_-)' gelabah jugak dibuatnya..
Eceli byk sangat kenangan2 kita. Dan bila aku fikirkan balik, terasa cpt masa berlalu. Kenangan tu tetap abadi dlm ingatan aku. Aku harap hang jgn lupa aku noo..
Aku doakan hang jd isteri yg solehah dan ibu yg terbaik buat anak2 hang. Xlupa juga anak yg berguna terhadap mak hang hehe..

Selamat Pengantin Baru Kitty!!

Friday, January 3, 2014

Cerita kita



Waktu terasa semakin berlalu
Tinggalkan cerita tentang kita
Akan tiada lagi kini tawamu
Tuk hapuskan semua sepi di hati


Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa


Teringat di saat kita tertawa bersama
Ceritakan semua tentang kita


Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa



Boleh pulak hari ni aku tersangat feeling bila lagu tu berkumandang. tiba tiba aku teringatkan sesuatu tentang lagu ni. Sesuatu yang selamanya akan terpahat dalam memori aku. Amboi..memori gitu :D

Walaupun kita dah jarang berbual, bukan bermakna aku lupakan. aku tak penah lupa. takkan pernah lupa segala apa yang pernah kita kongsi bersama ketika sihat dan sakit, segala suka dan duka, tawa dan tangis , susah dan senang, sedih dan gembira, shopping dan pokai :p

semuanya bermula sejak hari pertama mendaftar di kolej. bermula sebagai orang asing yang hanya memandang dari jauh. kau hampir percaya bila aku katakan nama ku timah saja. ye la..berbekalkan wajah comel kiut aku ketika itu, takkan la hanya timah namaku hahaha

"hai.. ape nama awk?" 
"saya? nama saya timah. umur 18" 

kemudian kita membawa haluan masing masing. bertemu kembali apabila ada subjek yang kita sekelas. tak perlu diceritakan bagaimana akhirnya kita semakin rapat. rumah kau, rumah ku, rumah ku rumah kau juga. ibu mu ku anggap seperti ibu sendiri. 

ke mana saja pasti kita berdua. Orang kata wajah kita seiras. tapi aku paling happy sebab org akan cakap aku adik haha..kau cantik, aku comot. mungkin sebab tu aku nampak mcm adik :p

Masa terus berlalu dan kita makin dewasa. err kau yang dewasa dulu sebab kau ade boifren haha. aku? belum ade lagi. aku ada kau je ketika tu. habis belajar, kita membawa haluan masing masing. kita semakin jauh. tapi masih kerap berjumpa. 

Hinggalah tiba saat kau akan bertukar gelaran. waktu tu aku x pasti apa yang aku rasa. gembira + sedih barangkali. sedih sebab lepas ni mesti kau xboleh manjakan atau layan kerenah aku mcm selalu. kot? :p 

Bermulalah fasa hidup yang baru bagi kau. aku? masih sama ketika kali terakhir kita berjumpa. Kita semakin jarang berjumpa atau berhubung. Aku sangatlah terasa kehilangan. Tapi aku positif. Nanti aku nak kawen macam kau jugak hehe. Camana atau apa pun yang aku rasakan, aku tetap mendoakan yang terbaik buatmu. 

Sebenarnya masih panjang cerita kita. Aku ringkaskan segalanya. Kita dengan haluan masing masing, kau punya keluarga bahagia, punya anak anak yang comel. Aku pula bertemu jodoh dengan jejaka. Ye la, takkan jejaki pulak kan. Punya keluarga yang bahagia. Akhirnya kita semua bahagia. *dasar malas nak menaip panjang panjang*

buat sahabat yang aku sayangi, terima kasih kerana menjadi sahabat ku. aku bersyukur kerana mengenali kau. kau sayang aku x? hehe

aku tak mampu nak menaip lagi. aku rindu kau!

Thursday, January 2, 2014

dua kosong 1 empat

Assalamualaikum..

Tahun baru? Mood baru? Azam baru? Sekolah baru?
Kebiasaannya mesti nak pasang azam baru bila masuk tahun baru kan? Tiap tiap tahun mcm tu la. Berazam beria sangat. bila hujung tahun ade la satu dua azam je terlaksana. ada tu langsung tak terlaksana haha. Itu berdasarkan pengalaman sendiri la. Korang korang punya pencapaian aku taktau la camane kan :D

So, sempena tahun baru ni.. marilah kita saling bermaafan. Eh! hari raya ke ni? :p


 -sumber internet-

Saturday, May 25, 2013

Selamat Tahun Baru

Assalamualaikum..
Tiba-tiba mcm terlupa sangat kat blog ni. Padahal mmg malas ya zirobel nak update huhu..
Disamping itu, I turut bz dengan urusan itu urusan ini (alasan :p)

Haih..nak diceritakan dari mana pun xtau. Sebab byk sangat story mori. Ade yang best ade yg xberapa best. Tp lumrahlah kan.. dalam hidup ni mane ade semua nak best je. Ujian dalam hidup tu tandanya allah sayang kite. Hehe..tapi sebanyak mana dugaan datang pun, bile tengok muka anak yg tgh membesar ni, lupa semua kesemakkan dan kesenakkan kesengalan. Ibu bersyukur sangat dgn apa yg allah bagi sekarang. Ibu ada zury & ayah yang sentiasa mendamaikan ibu.. tak pernah sesaat pun berlalu tanpa kamu difikiran ibu. Amboi, bukan main B.M lagi haha

Zury pun dah makin ligat. Mulut pun xkurang hebat. Berbakat masuk pidato time skolah nanti kot haha. Very the ramah. Zury mmg suka tegur org. Xkira bangsa dan agama. Kita x racist kan nak.. semua kita kawan. Takmo lawan-lawan ;)

Waktu makan mmg zury nak suap sendiri. Tapi yang jatuh ke lantai sama byk dgn dalam pinggang. Err atau yang kat lantai lagi byk?? Eh..zury kan baby lg mesti la makan tumpah2 kan. Oh ya, syukur alhamdulillah juge..zury masih punya rezeki minum susu ibu. Walaupun stok cukup2 makan je, ibu tetap nak bagi awak yang terbaik sayang. Dah 21bulan usia zury. Alhamdulillah..zury jarang sakit. X banyak kerenah. Peramah. Rajin sepah brg mainan tp bila nak kemas mesti nak ajak ibu. Hehe. Zury jgn cpt sangat besar bole?? (T_T)

Takmo bebel dah. Layan pic jela..dah akak2 je gayanya



terima kasih Allah untuk segalanya

Wednesday, January 9, 2013

Langit tak selalunya cerah

Langit tak selalunya cerah, mendung pula tak bermakna hujan..

Familiar sgt dengan pepatah orang orang dulu tu kan :) 

Hukum karma, what you give, you get back. kepada insan yang sedang berduka kerana diuji 

dgn pelbagai ujian, bersabarlah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik 

untukmu. Pasti hikmah menanti disebalik dugaan itu.  

"Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.  
(Surah al-Baqarah 286)"

“Dan sungguh Kami benar-benar akan menguji kamu dengan sedikit rasa takut, kelaparan, dan kekurangan harta, hilangnya jiwa, dan sedikitnya buah-buahan  
(Surah al-Baqarah : 155)"