Tuesday, August 28, 2012

Kau untuk Ku

Jom kite renung-renungkan. Entry C & P je hihihi..

- - - - -


" Aslina, sudah berapa tahun awak berkahwin, " tanya Sybil, guru Bahasa Inggeris berbangsa Cina.

"Emm..sudah masuk tahun ketujuh, kenapa ? " Saya menjawab dan berbalas tanya pula.

"Awak hati-hati. Biasanya, ramai pasangan yang berpisah pada usia keenam dan ketujuh perkahwinan mereka." Katanya sinis tanda mengusik.

"Alamak Sybil, cuba awak rasa mulut awak," saran saya tiba-tiba.

"Why?"Sybil tertanya-tanya.

"Kalau masin mulut awak tu, susahlah saya."
Sybil menyambut dengan ketawa.

Gurauan ada kalanya tersirat kebenaran. Berapa ramai pasangan suami isteri hari ini yang bercerai di usia perkahwinan yang masih muda. Mereka menyatakan semuanya Takdir Tuhan, berpisah lantaran tiada lagi persefahaman. Ikatan suci yang bermula dengan kasih dan cinta, berakhir dengan sengketa dan buruk sangka.


SUATU PERJALANAN

"Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan." Teringat pesan ayah di suatu petang.

"Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati," ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.

Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja.

Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.


SILAP ISTERI

Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud :

“Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka". Seorang wanita lalu bangun bertanya,

'Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?'

Rasulullah SAW menjawab,
'Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.'


Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.


YANG LEBIH, YANG KURANG


“Awak beruntung ye Ina, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa," luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.

"Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap, " jawab saya supaya dia buka mata.

"Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa.

Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata, tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana. Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia." pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati.

Kembali ' memandang tinggi ' kehadiran seorang suami.


ENGKAU TERBAIK UNTUKKU


"Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi."

Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.

Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi. Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari,

"Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini.."


notakaki :

Buat suamiku.. 
terima kasih krn menyintai aku,
krn menjadi pelengkap aku,
krn menjadikan aku yang perdana dlm hatimu
moga cintamu terus menjadi kekuatanku


Ketepuan

Mood keje mmg susah nak dtg bile da cuti panjang kan??? arghhhh

Saturday, August 18, 2012

Salam Lebaran 1433 H



Manusia tak pernah lari dari salah dan khilaf
Kerana manusia bukan makhluk yang sempurna
Di bulan yang suci ini mari kita bermaafan
Agar tiada dendam dan hasad dengki
Mohon maaf zahir batin
Salam PADU dari kami sekeluarga...



Monday, August 6, 2012

Allahu Akbar

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal." At-Taubah:129
 

Thursday, August 2, 2012

Schazy at Jabbe Production

hallluuuu... seperti yg ibu janjikan.. ini adalah sambungan entry tentang xtvt ujung minggu ibu, ayah dan Zury :D

seperti mane yang telah maklum (ecee..ayat kau..) minggu lepas merupakan minggu yg bz bg kami. ok, ok.. ibu crite la. ni story hari ahad 29 Julai lepas.

AHAD

Pagi-pagi lagi (eh..xla pagi sgt) ibu dan ayah.. di ulang- ibu dan ayah ke Nilai 3. kami ke sane adalah untuk mencari dan menempah langsir utk opah Zury. Tahun ni Zury beraya ke Perak. Punye la panas kt Nilai tu smpaikan ayah xboleh nk pk byk2 hahaha sian.. Nak pulak mase kitorang sampai, Nilai 3 tu bole pulak blackout. hishh..dlm byk2 hari, hari ahad jugak la dia nk blackout :p

Ade lah dlm 3,4 kedai je kitorang terjah masuk dan bertanye. Slalunye kalo xabis pusing satu Nilai 3 tu, selagi tu la kami x berenti terjah. Tp akibat hidrasi yg melampau di ikuti pula dgn cuaca yg amat panas, maka kami sepakat xnk lame2 sgt nk cari. Ibu pon xde nk lencong2 tgk baju ke kain ke ape ke, panas punye pasal haha.. Maka selamat la langsir itu ditempah. Memandangkan blackout, maka langsir x dpt siap hr tu. Lagi 3,4 hari la siap.

Bile da setel urusan melangsir, kami pon terus pulang. Sekian itulah saja cerita saya pergi Nilai 3 dgn kadar segera.

Hahaha.. xabis di situ! smpai kt rumah, melepek je dua2 orang. Ingat x ibu ade bgtau yg ayah nak sgt beli sampin baru?? ha nak tau ape ayah buat dgn sampin tu?? tgk lah! siap buka Youtube uolss. -Cara membuat tanjak- hahaha.. hai la sayang, senyap2 je projek ye. 

Setel kerja menanjak ayah tu, cepat2 kami bersiap. Kitorang nk berbuke kt studio Uncle Jabbe. Yeayyy.. da lame Zury x jenguk studio uncle. kitorang sampai da dekat2 nk berbuka. Lepas berbuka, inilah kerja kitorang. layanzzzz..






  


*korang nk pikces camni x? sila la hubungi jabbe. skrg tgh promo smp mlm raye. Cpt! slagi stok masih ade*