Wednesday, October 31, 2012

Empat Belas Bulan - Pt. 2

Assalamualaikum.. hii

Entry yang lepas ibu x cerita pun pasal awak kan. Ibu tempek gambar awak je :)

Ibu rasa cepat sangat awak membesar. tau2 je awak da berjalan. Awak pandai jalan ms umur awak genap setahun 3minggu (1y3w) awak pun semakin pandai mengenakan orang bawak awak jalan2 kat luar. x kira siang malam. Sekarang ni kalau keluar je, Zury nak jalan sendiri. Penat nak kejar ok >_<




Bila orang cakap dgn awak, awak buat muke comel sambil teleng telengkan kepala beserta bunyi 'taaa..' bila orang kira satu..dua..awak jerit TIGA!! err..ok, ibu tipu je.. awak jerit 'taaa..' jugak :p satu dan dua mmg awak xnak kira, awak nak kira kat TIGA je -__-'



Zury tak boleh tgk org berdiri kat pintu, mule la Zury nk suruh org dukung sambil dia point ke pintu. Semua org faham dah, awak nak ajak keluar. Tapi bila pagi2 ibu nak dukung Zury gi umah Nenek (bs Zury) reti pulak dia babai sambil jerit 'Nanak!..' (-_-) Masa nak tukar diaper pun sama. 'Nanak..Nanak..'

Pantang dengar lagu-laguan, bunyi-bunyian, muzik mesti Zury akan berjoget. Buat masa ni Zury paling suka video clip Gangnam style & Karoot Komedia X. Program yang Zury mmg akan melopong depan TV adalah Upin Ipin, Boboboi, Karoot Komedia, Azan & slot Indahnya Iman (kat Astro Oasis) Mmg ligat la Zury berjoget haha

Bila ade bunyi-bunyian awak cuba nak ajuk. Especially bila ade yang cakap mercun, pantas awak buat mulut 'O' sambil berbunyi 'pom'

Bila terdengar perkataan nyamuk, cepat je awak tepuk tangan. Macam org pukul nyamuk tu :D
Pandai nak buat sign 'shh..'  bila orang suruh diam. tp jari telunjuk terus menunjuk dalam lubang hidung. Penah sekali tokma zury bersyarah sebab zury suke sepahkan baju yang dah dilipat, Zury berdiri sambil buat 'shhh..' kat tokma hahahah.. ape ni? ibu x ajar pun awak buat camtu


Bila orang cakap semut, awak cari kat lantai. Bila nampak burung awak cakap 'Bobod'. maknanya bibird la kot hahah.. tp ade satu malam tu, entah dari mana sesatnya 2ekor kelkatu (sejenis anai-anai bersayap) terbang masuk dalam rumah. Jatuh kat lantai. Cepat-cepat Zury jalan laju-laju (yela nk berlari belum pass) kat riba ibu sambil cakap 'Bobod' ahahhaha.. asal benda terbang semuanya bird bagi Zury.

Bile tgk kartun Boboboi, awak ajuk 'bobo boboo..' *sila muncungkan mulut anda*

Awak paling suke 'tolong' ibu & tokma kat dapur. fridge magnet tokma smuanya jadi mainan awak. Bila ibu n tokma nak masak kat dapur, Zury pun sama naik 'sibuknya' nak memasak sekali. kadang bukan ape, nk mintak dukung sebab nak tgk ikan kena goreng sambil ckp 'hot'


Tabiat Zury yang terbaru, suka pakai kasut pastu berjalan-jalan dalam rumah. Bila dah boring, Zury berenti pastu amik kasut lain suruh ibu tukarkan. Da siap tukar, Zury sambung jalan balik. Begitu la seterusnya untuk 5pasang kasut >_<  (ayah ckp perangai ni ikut ibu sbb ibu suka tukar2 kasut. ye ke? :p)

Bab makan sekarang ni alhamdulillah, ade peningkatan. Zury makan makanan home made. dan syukur jugak, Allah murahkan rezeki zury untuk minum susu ibu. Kalau minum air masak, Zury buat bunyi 'ahhh..' lepas beberapa teguk. pastu sambung minum, pastu 'aahhh..' mcm sedap sgt air masak tu kan? :D

Hehehe itulah seba sedikit info tentang makcik tenit nih. Walau apa pun rintangan, insyallah ibu dan ayah cuba yang terbaik untuk Zury. Tatataaaa.. 

Monday, October 22, 2012

Ok Fine

Ini cerita sudah berhari2 ku pendam. Grrr..

Bile nasihat cara baik tapi di balas dengan sinisnya, mmg la kamu sengaja mengguris hati ini (phuiii.. ayat xleh blah hahaha)

Seorang orang ni, suapkan anaknya yg xsampai 6bulan usianya dengan nestum. Pulak tu dgn baringkan baby tersebut. Ai tanye dengan penuh berhemah.. "ape yg akak suap? eh jap..baby akak belum 6bln lg kan?"

Maka seorang orang tu menjawab "a'a xsampai 6bln lg. aku bg nestum. tp aku cairkan. bukan ape, penat la dia asyik lapa je." Erkk!!! >.<

Ai kontrol intonasi suara dengan bertanya lebih lemah gemalai sambil tersenyum "mana akak tau dia lapa?"

"Jap jap nak menyusu, jap..jap nk menyusu..mane bole camtu.sebelum ni aku bg dia jus, dia suka" katanya dgn bangga.

Ai da mule nk hot hahaha.. "kak, ko tau kan baby xbole makan sebelum umur 6bln?? aku da penah cakap kat ko sebelum ni. bla..bla usus tersumbat..bla..bla..bahaya bla..blaa..."

Seorang orang menjawab "Susah la kau ni, anak masing-masing la kan.. " 
Mase tu telinga ai dah berdesing, dan dah tak berapa nak dengar dah ayat yang belakang2 seorang orang tu. Ai diam dan terus bersiap2 pakai tudung, mekap2 sikit. Tak guna bagi pendapat kat org yang xnak dengar.

Ai doakan seorang orang tersebut dapat kesedaran pasal bahayanya bagi baby makan sebelum waktunya (6bulan). tak lama pun nk tunggu sampai 6bln tu. Sabar la sikit. Moga baby tersebut diberi kesihatan yang baik..

Ai kesian kat baby kau tau tak??

Sekian entry meluahkan perasaan terpendam

Friday, October 19, 2012

Empat Belas Bulan

Tengok gambar je. Itupun satu. Sebab ibu malas nak transfer gambar2 si kenit ni hahaha.. maap..maap.. 



Friday, October 5, 2012

team building??

ai kena p teambuilding kt Jerantut smp 7 okt uolss. ohhh.. terpaksa tinggalkan buahati pulak tu. ohh.. x penah berenggang lelame sebelum nih. ohh...

duhai hati, bertabah la dikau. hadapi dgn senyuman. rasenye anak relax je, mak yg lebih kot :p