Wednesday, October 31, 2012

Empat Belas Bulan - Pt. 2

Assalamualaikum.. hii

Entry yang lepas ibu x cerita pun pasal awak kan. Ibu tempek gambar awak je :)

Ibu rasa cepat sangat awak membesar. tau2 je awak da berjalan. Awak pandai jalan ms umur awak genap setahun 3minggu (1y3w) awak pun semakin pandai mengenakan orang bawak awak jalan2 kat luar. x kira siang malam. Sekarang ni kalau keluar je, Zury nak jalan sendiri. Penat nak kejar ok >_<




Bila orang cakap dgn awak, awak buat muke comel sambil teleng telengkan kepala beserta bunyi 'taaa..' bila orang kira satu..dua..awak jerit TIGA!! err..ok, ibu tipu je.. awak jerit 'taaa..' jugak :p satu dan dua mmg awak xnak kira, awak nak kira kat TIGA je -__-'



Zury tak boleh tgk org berdiri kat pintu, mule la Zury nk suruh org dukung sambil dia point ke pintu. Semua org faham dah, awak nak ajak keluar. Tapi bila pagi2 ibu nak dukung Zury gi umah Nenek (bs Zury) reti pulak dia babai sambil jerit 'Nanak!..' (-_-) Masa nak tukar diaper pun sama. 'Nanak..Nanak..'

Pantang dengar lagu-laguan, bunyi-bunyian, muzik mesti Zury akan berjoget. Buat masa ni Zury paling suka video clip Gangnam style & Karoot Komedia X. Program yang Zury mmg akan melopong depan TV adalah Upin Ipin, Boboboi, Karoot Komedia, Azan & slot Indahnya Iman (kat Astro Oasis) Mmg ligat la Zury berjoget haha

Bila ade bunyi-bunyian awak cuba nak ajuk. Especially bila ade yang cakap mercun, pantas awak buat mulut 'O' sambil berbunyi 'pom'

Bila terdengar perkataan nyamuk, cepat je awak tepuk tangan. Macam org pukul nyamuk tu :D
Pandai nak buat sign 'shh..'  bila orang suruh diam. tp jari telunjuk terus menunjuk dalam lubang hidung. Penah sekali tokma zury bersyarah sebab zury suke sepahkan baju yang dah dilipat, Zury berdiri sambil buat 'shhh..' kat tokma hahahah.. ape ni? ibu x ajar pun awak buat camtu


Bila orang cakap semut, awak cari kat lantai. Bila nampak burung awak cakap 'Bobod'. maknanya bibird la kot hahah.. tp ade satu malam tu, entah dari mana sesatnya 2ekor kelkatu (sejenis anai-anai bersayap) terbang masuk dalam rumah. Jatuh kat lantai. Cepat-cepat Zury jalan laju-laju (yela nk berlari belum pass) kat riba ibu sambil cakap 'Bobod' ahahhaha.. asal benda terbang semuanya bird bagi Zury.

Bile tgk kartun Boboboi, awak ajuk 'bobo boboo..' *sila muncungkan mulut anda*

Awak paling suke 'tolong' ibu & tokma kat dapur. fridge magnet tokma smuanya jadi mainan awak. Bila ibu n tokma nak masak kat dapur, Zury pun sama naik 'sibuknya' nak memasak sekali. kadang bukan ape, nk mintak dukung sebab nak tgk ikan kena goreng sambil ckp 'hot'


Tabiat Zury yang terbaru, suka pakai kasut pastu berjalan-jalan dalam rumah. Bila dah boring, Zury berenti pastu amik kasut lain suruh ibu tukarkan. Da siap tukar, Zury sambung jalan balik. Begitu la seterusnya untuk 5pasang kasut >_<  (ayah ckp perangai ni ikut ibu sbb ibu suka tukar2 kasut. ye ke? :p)

Bab makan sekarang ni alhamdulillah, ade peningkatan. Zury makan makanan home made. dan syukur jugak, Allah murahkan rezeki zury untuk minum susu ibu. Kalau minum air masak, Zury buat bunyi 'ahhh..' lepas beberapa teguk. pastu sambung minum, pastu 'aahhh..' mcm sedap sgt air masak tu kan? :D

Hehehe itulah seba sedikit info tentang makcik tenit nih. Walau apa pun rintangan, insyallah ibu dan ayah cuba yang terbaik untuk Zury. Tatataaaa.. 

2 comments:

  1. Eeee... Geraaammm nyer! Irfan pun br smggu pndai jalan.. Lenguh la nk mengejar lps nie cm Zury.. (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. pasni kompem la kurus. jogging duet dgn irfan

      Delete